Friday, July 22, 2011

JANGAN BUAT SILAP YANG LAMA BILA PILIH CALON

0

PCT (Perak cyber Troopers) Semalam, Membuat Resolusi dan ketetapan bersama menyokong diatas kenyataan Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Abdul Kadir merangkap Pengerusi Barisan Nasioanal negeri Perak tentang penyataan beliau bahawa tiada RUANG akan diberi kepada KAKI BODEK yang memasang strategi dan angan-angan dengan sentiasa mengikut Program-proram beliau terutama Bersama rakyat dengan harapan dapat dicalon di PRU 13 nanti. PCT amat bersetuju dengan pandangan Dr Zambry bila menjawab soalan wartawan pada 19hb lalu beliau tidak akan TERPENGARUH atau ‘TERMAKAN’ dengan cara individu yang mendampinginya dengan harapan dipilih sebagai CALON' dengan mengambil kira salah satu punca kekalahan dibeberapa kawasan adalah kerana CALON yang tidak disenangi Rakyat dan tidak BUAT KERJA serta tidak disenangi Rakyat, sebaliknya bertindak mengkhianati Calon seangkatan dan BN bila tidak terpilih.

PCT juga merasa lega dengan kesedaran Beliau bila diminta mengulas kecenderungan segelintir pemimpin politik yang kelihatan semakin KERAP HADIR ke MAJLIS yang dhadirinya termasuk Program turun padang bersama rakyat yang dipercayai ada kaitan dengan bahang Pilihanraya umum yang semakin dirasai.

Mengenai keluhan rakyat ada ahli politik ‘KACAU DAUN’ dengan tidak member peluang mereka bermesra dengan Menteri Besar ketika Program turun padang termasuk ketika waktu makan . Zambry berkata beliau memahami Masalah tersebut.

SEHUBUNGAN ITU KAMI MENGAMBIL KESEPAKATAN DENGAN SEBULAT SUARA SEBAGAI BLOGGERS YANG MEWAKILI SUARA DAN PENDIRIAN RAKYAT BERDIRI UTUH DAN MEMPERTAHANKAN PENYATAAN DS DR MENTERI BESAR TERSEBUT. PCT MENGAMBIL KIRA AMAT PENTING TENTANG PERSOALAN INI KERANA SOAL CALON JUGA MENJADIKAN PUNCA DIANTARA KEGAGALAN DIBEBERAPA KERUSI YANG DITANDINGI SEBELUM INI DI PRU 12.

PERAK CYBER TROOPERS

SAF PERANG CYBER PERAK DARULRIDZUAN

Pak tam memang meluat tengok depa ni duk membodek pasai mau jadi Calon. sebelum ni pun depa duk bawak geng kalau Boss depa tak terpilih, la ni jangan duk bagi muka, kalau MB dah bagi nama Calon pakat ikut ja la, lagipun dia dah menilai calon dengan teliti, yang hangpa buat kecoh buat apa. Kalau kali ni hangpa duk buat perangai Haram jadah lagi, Pak Tam harap PCT mau sepakat balunjer depa ni balik. tak guna duk simpan orang yang lagu ni.

No Response to "JANGAN BUAT SILAP YANG LAMA BILA PILIH CALON"

Post a Comment