Thursday, April 18, 2013

KAMILIA , AWAT HANG TAK PAHAM HATI RAKYAT?

2
"Dalam saat-saat akhir kalau kita ubah, boleh timbul masalah lain, tetapi kita cuba tangani dengan cara lain. Itu tengok pada keadaan, tetapi kita anggap itu barisan yang dapat diterima oleh rakyat," jelasnya (PM) . - Bernama

 
Apa dah jadi dengan si kamila ni, awat dia ingat apa yang dia duk habaq merata dia ada berjasa, awat dia ingat orang lain tak da buat jasa, lebih dari dia pun berlambak cek oii!

Awat masa ni dia duk kecuh sebab tak dapat tempat jadi calun, parlimen yang dia duk tunggu, tiba-tiba tak mai melumpat tak tentu pasai, la ni dia balik mintak untuk bertanding DUN pulak, awat lagu ni pulak, mula-mula tak mau DUN la ni tak dapat parlimen dia mintak balik DUN, Hangpa ingat bulih suka hangpa ka pilih bertanding, lagu ni ka yang duk kata hangpa berjasa, bukan berjasa la kalu macam ni, ini menyusahkan lagi ada la, Dengaq kata dia kunun dengan beberapa ahli jawatan kuasa duk protes dan nampak mau bertanding tiket bebas, biaq pi la dia, elok kita tinguk nanti lagu mana nanti kut ada orang yang akan undi dia? Biaq pi dia tau betapa dia tu angkuh dan bonhkak, bukan pekara baru tapi dah lama depa ni macam tarak ingat lagu mana kesetiaan sebagai pejuang atau sebagai pemimpin yanh sepatutnya bukan duk pi kejaq pangkat atau jawatan

Kita ikuti cerita lanjut rakan Pak tam...

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah menolak tawaran menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Bukit Chandan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, kata Perdana Menteri tidak timbul sama sekali soal beliau tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN.

Beliau menjelaskan tawaran kepada Kamilia adalah termasuk jawatan Exco, jika BN menubuhkan kerajaan, tetapi beliau turut menolaknya.

"Itu merupakan keputusan yang beliau telah buat dan tidak ada timbul sama sekali Naib Ketua Wanita (Umno) tidak diberi tempat atau tidak dihargai oleh BN. Beliau hendak (bertanding kerusi) Parlimen tetapi kita fikir, lebih sesuai Datuk Kamilia bertanding DUN dan (menjadi) Exco.

"Lagipun, mendiang Tun Lim Keng Yaik dulu sewaktu jadi presiden parti Gerakan, telah menerima jawatan Exco kerajaan negeri. Jadi, tidaklah merupakan jawatan tak penting sebenarnya sebagai Exco kerajaan negeri.

"Kalau diterima tawaran itu, Datuk Kamilia boleh memainkan peranan bukan sahaja dalam negeri tetapi juga dalam konteks negara," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan dan pelancaran Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA)-Wanita BN di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyatakan Kamilia mendakwa tindakan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13 mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita.

Naib Ketua Wanita Umno itu berkata ia menunjukkan BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata dalam barisan calon wanita, terdapat peningkatan permintaan untuk bertanding di peringkat Parlimen pada pilihan raya umum kali ini berbanding pilihan raya umum lepas.

Mengenai mereka yang tidak dicalonkan, Najib berkata mereka tenang tetapi bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada semua pihak.

Jika tidak ada di antara mereka yang mahu memberi laluan, katanya tidak akan ada perubahan.

"Oleh itu, pada mereka yang rasa sedikit kekecewaan, saya harap tidak memendam perasaan dan fikirlah tentang masa depan parti.

"Pilihan raya ini, kita memerlukan kesetiaan dan sokongan daripada setiap anggota parti dan yang paling penting, kita nak tubuh kerajaan, bila tubuh kerajaan, kita boleh bantu mereka dengan banyak cara, tetapi kalau kita tak ada kuasa, kita tak boleh bantu," katanya.

Mengenai pihak yang meminta BN mempertimbangkan semula calon-calon yang disenaraikan, Najib berkata: "Kita tidak boleh memberi kepuasan kepada semua pihak.



2 Response to KAMILIA , AWAT HANG TAK PAHAM HATI RAKYAT?

April 19, 2013 at 12:22 AM

Bagus jugak parasit2 dlm UMNO ni mula timbul satu persatu.. Barisan UMNO akan lebih bersih dgn terkeluarnya parasit2 ni..

April 19, 2013 at 1:18 AM

Mmmmm,,baru la aku nampak kebenaranya ....

Post a Comment