Tuesday, April 9, 2013

PKR SUNGAI MANIK LARI MASUK UMNO.

0
Duk pusing merata kat blog kawan-kawan yang lain, pak tam duk tengok blog adik kita yang rasanya pak tam tak pernah jumpa kot, tapi semangat dia tinggi, elok jugak dia duk taruk nama Anak Jati Malaya, antara ynag terbaru dan menarik apabila pak tam tenguk lagu mana ahli PKR pakat damai-ramai kembali kepangkuan UMNO, depa ni dulu tertipu dengan kaki pungkoq yang membuhung merata-rata menipu rakyat, elok la tu jangan biaq depa buat macam negara pak depa.........
 Ikuti cerita penuh di SINI
Seramai 27 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari ranting Parit 4A di Kampung Sungai Manik Lama Kanan di sini keluar dari parti itu untuk menyertai Umno.

Wakil kumpulan itu, Mohd Tarmizi Abu Bakar menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno kepada Ketua Umno bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam satu majlis malam tadi. 

Mohd Tarmizi berkata mereka menyertai PKR selama tiga tahun dan mengambil keputusan keluar dari parti itu kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.

 "Kami keluar parti atas kerelaan kami sendiri dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak dan kami yakin parti Umno sahaja yang boleh membela nasib orang Melayu," katanya kepada pemberita. 

Sebelum ini seramai 402 anggota PKR dari kawasan berkenaan keluar dan menyertai Umno. 

Sementara itu Tajuddin berkata ramai lagi anggota PKR dijangka menyertai Umno dalam tempoh terdekat yang sekali gus membuktikan sokongan kepada PKR di Pasir Salak semakin merosot.

No Response to "PKR SUNGAI MANIK LARI MASUK UMNO."

Post a Comment