Tuesday, July 26, 2011

VIDEO YG ANUAR KATA POLIS SEKSA TAHANAN HARAM BERSIH

0


Sapa yg tak tahan tengok darah jgn tengok! Tu dia hangpa tengok sendiri VIDEO ni lagu mana si jubok tu kata POLIS duk ganyang dan pukui tahanan Perhimpunan haram masa 9 hb lalu. hangpa nilai la yang duk kata POLIS kejam tu lagu mana? pak tam tengok lansung tak sama macam orang putih kat luar negara, depa pakat tibai sungguh-sungguh, tapi POLIS Malaysia ni duk layan macam ni punya baik lagi depa duk kata kejam dan ganas, siap pi merata-rata duk menjaja cerita buruk kat orang lain.
Anak buah pak tam pun tersangkut masa 9hb tu. Ingat dapat pi kenduri kat KL tapi last duk dalam kereta betui-betui atas Highway. Makan nasi minyak tak dapat duit kena keluar lansung patah balik, satu hari tak dapat apa-apa. depa duk merunggut jugak " kalau ikut perhimpunan haram lagi baik, boleh makan FREE macam kenduri, siap depa bag Bas suruh balik kampung tu. tapi lagu mana pun pak tam respek kat anak-anak buah pak tam bila depa kata Tak PASAI la mau jadi lagu tu, muka tembok tak malu makan free ikut perhimpunan haram, biak pi depa la.. kami tak sanggup ikut keja haram, depa boleh la, sebab memang dah jenih HARAM JADAH!

Friday, July 22, 2011

JANGAN BUAT SILAP YANG LAMA BILA PILIH CALON

0

PCT (Perak cyber Troopers) Semalam, Membuat Resolusi dan ketetapan bersama menyokong diatas kenyataan Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Abdul Kadir merangkap Pengerusi Barisan Nasioanal negeri Perak tentang penyataan beliau bahawa tiada RUANG akan diberi kepada KAKI BODEK yang memasang strategi dan angan-angan dengan sentiasa mengikut Program-proram beliau terutama Bersama rakyat dengan harapan dapat dicalon di PRU 13 nanti. PCT amat bersetuju dengan pandangan Dr Zambry bila menjawab soalan wartawan pada 19hb lalu beliau tidak akan TERPENGARUH atau ‘TERMAKAN’ dengan cara individu yang mendampinginya dengan harapan dipilih sebagai CALON' dengan mengambil kira salah satu punca kekalahan dibeberapa kawasan adalah kerana CALON yang tidak disenangi Rakyat dan tidak BUAT KERJA serta tidak disenangi Rakyat, sebaliknya bertindak mengkhianati Calon seangkatan dan BN bila tidak terpilih.

PCT juga merasa lega dengan kesedaran Beliau bila diminta mengulas kecenderungan segelintir pemimpin politik yang kelihatan semakin KERAP HADIR ke MAJLIS yang dhadirinya termasuk Program turun padang bersama rakyat yang dipercayai ada kaitan dengan bahang Pilihanraya umum yang semakin dirasai.

Mengenai keluhan rakyat ada ahli politik ‘KACAU DAUN’ dengan tidak member peluang mereka bermesra dengan Menteri Besar ketika Program turun padang termasuk ketika waktu makan . Zambry berkata beliau memahami Masalah tersebut.

SEHUBUNGAN ITU KAMI MENGAMBIL KESEPAKATAN DENGAN SEBULAT SUARA SEBAGAI BLOGGERS YANG MEWAKILI SUARA DAN PENDIRIAN RAKYAT BERDIRI UTUH DAN MEMPERTAHANKAN PENYATAAN DS DR MENTERI BESAR TERSEBUT. PCT MENGAMBIL KIRA AMAT PENTING TENTANG PERSOALAN INI KERANA SOAL CALON JUGA MENJADIKAN PUNCA DIANTARA KEGAGALAN DIBEBERAPA KERUSI YANG DITANDINGI SEBELUM INI DI PRU 12.

PERAK CYBER TROOPERS

SAF PERANG CYBER PERAK DARULRIDZUAN

Pak tam memang meluat tengok depa ni duk membodek pasai mau jadi Calon. sebelum ni pun depa duk bawak geng kalau Boss depa tak terpilih, la ni jangan duk bagi muka, kalau MB dah bagi nama Calon pakat ikut ja la, lagipun dia dah menilai calon dengan teliti, yang hangpa buat kecoh buat apa. Kalau kali ni hangpa duk buat perangai Haram jadah lagi, Pak Tam harap PCT mau sepakat balunjer depa ni balik. tak guna duk simpan orang yang lagu ni.

Monday, July 11, 2011

ALJUBRI & Ambig"A" MEMANG MAHU ADA KEMATIAN DLM BERSIH?

0
Hangpa percaya atau tak, memang depa mau kalau ada kes macam ni supaya depa boleh kata betapa kejam Kerajaan terhadap rakyat! Pak Tam dapat tau dalam blog Pakatan Runggeng duk spin cita pasal kematian salah seorang dari perhimpunan haram. Pak Tam angin betui depa ni, tak ka amBIGa atau ANUar mau bertanggung jawab denga kematian ni. Paling kesian bila kematian seperti ini bukan kejalan yang baik, duk jadi pengkhianat negara. (gambar) hangpa tengok lagu mana Harem Jadah ni punya lakunan,
Macamana pun Pak Tam nak ucap Takziah kat keluarga Baharuddin Ahmad, Patut sungguh kita amik iktibar dengan kejadian seperti ni, tak heran la lepas ni Si AlJUBRI ni nanti pakat round pi jaja cerita orang mati disebabkan kejamnya kerajaan sampai ada yang mati, kut sekali pun mati pasai sakit jantung sekali pun, kompom depa kata pasai Polis, pasai UMNO, Pasai Najib dan selagi depa ingat selagi tu depa burukan Kerajaan. yang bodo sangat awat tak pi serah memorendum kat DYMM Dipertuan Agung, semua depa ni nak sangat huru hara Bersih ni, jadi jangan terkejut depa memang mau kalu ada Orang cedera Parah, mati, budak kecik cedera dan macam-macam lagi untuk tunjuk kat dunia Malaysia Huru Hara dan Kejam! tu yang beriya sungguh mau sangat repoter luar negara buat cerita kat dunia yang kununnya kat sini rakyat tak mau kerajaan la ni, Tapi Pak Tam nak Kasi tau yang depa lupa, Allah bulih bagi hangpa terlingkup. hangpa jangan ingat bulih duk main-main dengan menipu rakyat! tunggu ja, sat atau lambat, dia pasti mai! HANG JAGA LA!
Seorang peserta perhimpunan BERSIH 2.0 telah meninggal dunia kerana sesak nafas, dipercayai disebabkan terhidu terlalu banyak gas pemedih mata, yang dilepaskan oleh pihak polis tadi. Baharuddin bin Ahmad, 59 menyertai perhimpunan di sekitar pusat beli belah SOGO, dan kemudian menuju ke KLCC.

Baharuddin Ahmad ialah suami kepada Rosni, Ketua Wanita PKR Cabang Titiwangsa.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang mengesahkan berita ini kepada MerdekaReview menuding jari terhadap kerajaan kerana menyebabkan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad.

"Ini sesuatu yang amat menyedihkan kerana menyebabkan kematian. Kerajaan tidak faham apa itu kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, maka cara ia menangani perhimpunan telah menyebabkan tragedi ini."

Menurut Zuraida, Baharuddin meninggal pada kira-kira jam 6 petang, di Hospital Kuala Lumpur. Baharuddin dikatakan sesak nafas ketika melarikan diri dari gas pemedih mata.