Saturday, April 20, 2013

KAMILIA PERNAH HINA BLOGGERS? MMG PATUT LA TAK DISENARAI

1

Apa yang Tinggal Lagi Kamilia?

Pak Tam cukup tak heran dengan tindakan dia bila pi bertanding ikut tiket parti BEBAS, Biaq pi dia bertanding, elokmjugak biaq dia tau lagu mana rakyat atau pengundi suka atau tak kat dia?

Sebelum ni jugak Pak Tam jugak ada dengaq cita pasal Bloggers yang kena sound dari dia dalam satu majlis di kawasan dia, depa (bloggers) mai menjayakan majlis demi untuk menyatukan semua pelayar tegar dan bloggers supaya bolih bergabung dan membentuk satu batalion Perang Maya, apa yang depa boleh bantu dan apa pulak yang meraka boleh bantu bloggers terutama bloggers depa
.
Walaupun DS Najib sudah menawarkan kerusi DUN Chandan..tetapi degil dan sombong. Konon rasa diri tu hebat - nak jadi ahli parlimen. Pengalaman sebagai wakil rakyat pun tiada, sudah pandai minta yang tinggi-tinggi. Bersabar dan belajarlah terlebih dahulu. Sekarang siapa yang rugi? Bukan sahaja diri sendiri yang rugi, bahkan UMNO/BN pun jika silap perhitungan mungkin "susah" sikit untuk meningkatkan majoriti 1500 undi yang diperoleh oleh Rafidah Aziz dalam PRU ke-12 lalu. Nampaknya untuk sekali lagi Parlimen Kuala Kangsar bakal menerima sejumlah undi sabotaj.

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan pemecatan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim daripada parti itu kerana bertanding calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar pada PRU13. Timbalan Perdana Menteri berkata, Kamilia gugur serta merta selepas bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen berkenaan. Pada sidang media selepas proses penamaan calon untuk kerusi Parlimen Pagoh di sini hari ini, Muhyiddin turut melahirkan rasa dukacita atas tindakan Kamilia itu. "Kamilia sebagai antara ahli senior dalam parti seharusnya lebih arif dengan segala peraturan ditetapkan parti selama ini," katanya. Sementara itu, Kamilia dalam Facebooknya mengumumkan beliau meletakan semua jawatannya dalam UMNO, termasuk Naib Ketua Wanita.

1 Response to KAMILIA PERNAH HINA BLOGGERS? MMG PATUT LA TAK DISENARAI

April 21, 2013 at 9:49 PM

mcm mana dia hina kita dulu masa kita turun kat tempat dia, aku akan ingat sampai bila2...

Post a Comment